Nota Bucket Sort

1. Apa Itu Bucket Sort?

Bucket Sort adalah algoritma pengurutan yang membahagikan elemen ke dalam kelompok (bucket) dan mengurutkan setiap kelompok secara berasingan sebelum menggabungkannya semula menjadi senarai yang terurut.

2. Bagaimana Bucket Sort Berfungsi?

Berikut adalah langkah-langkah yang terlibat dalam Bucket Sort:

  1. 1. Tetapkan jumlah bucket.
  2. 2. Sebar elemen-elemen dalam senarai ke dalam bucket berdasarkan julat tertentu.
  3. 3. Isih setiap bucket secara individu.
  4. 4. Gabungkan bucket yang telah diisih untuk mendapatkan senarai akhir yang terisih.

Berikut adalah visualisasi bagaimana Bucket Sort berfungsi:

3. Pseudokod Bucket Sort

Mula
1. Setkan senarai L = {Hilmi, Anas, Siti, ..., Maisara}
2. Wujudkan senaraiBaharu untuk simpan item yang telah diisih.
3. Wujudkan beberapa baldi kosong.
4. Masukkan setiap item dalam senarai ke dalam baldi yang sesuai.
5. Isih item dalam setiap baldi.
6. Cantumkan semua baldi yang telah diisih ke dalam senaraiBaharu.
7. Paparkan senaraiBaharu yang telah disusun.
Tamat
    

4. Kod Aturcara Bucket Sort (Python)

# Pencarian Bucket Sort dalam Python

def bucket_sort(senarai):
    bucket = []
    n = len(senarai)
    # Membuat n baldi kosong
    for i in range(n):
        bucket.append([])

    # Masukkan elemen ke dalam baldi yang sesuai
    for j in senarai:
        index_b = int(n * j)
        bucket[index_b].append(j)

    # Isih setiap baldi
    for i in range(n):
        bucket[i] = sorted(bucket[i])

    # Gabungkan elemen dari semua baldi
    result = []
    for i in range(n):
        result = result + bucket[i])

    return result

# Contoh cara guna:
senarai = [0.78, 0.17, 0.39, 0.26, 0.72, 0.94, 0.21, 0.12, 0.23, 0.68]  # Senarai nombor pecahan
sorted_senarai = bucket_sort(senarai)

print("Senarai terisih:", sorted_senarai)
            

5.Bucket Sort Flowchart

Linear Search Flowchart

Gunakan roda tetikus untuk memperbesar atau memperkecil gambar.

✖ Tutup
Chatbot
Sila tanya saya!