Nota Linear Search

1. Definisi Linear Search

Linear Search adalah algoritma yang mencari elemen dalam senarai dengan memeriksa setiap elemen satu per satu dari awal hingga akhir sehingga nilai yang dicari dijumpai atau senarai habis diperiksa.

2. Perbandingan Linear dan Binary Search

Aspek Linear Search Binary Search
Definisi Linear Search ialah salah satu algoritma carian yang digunakan untuk mencari indeks lokasi data dalam senarai yang telah disusun atau belum disusun Binary Search ialah salah satu algoritma carian yang digunakan untuk mencari indeks lokasi data dalam senarai yang telah disusun sahaja
Cara berfungsi Linear Search mencari nilai dengan membandingkan nilai carian dengan item senarai satu persatu dari awal sehinggalah item yang hendak dicari dijumpai Binary Search Membandingkan nilai carian dengan item yang berada ditengah senarai. Jika nilai carian lebih besar dari item tengah, maka semua item disebelah kiri diabaikan. Jika nilai carian lebih kecil maka semua item di sebelah kiri akan diabaikan
Keperluan Data Item pertama yang digunakan untuk perbandingan item yang pertama sekali Item pertama yang digunakan untuk perbandingan item yang berada di tengah senarai
Kegunaan Kaedah carian kurang efektif, kelajuan carian lebih perlahan Kaedah carian lebih efektif, kelajuan carian lebih pantas

3. Senarai Method "List" yang digunakan

4. Pseudokod Linear Search (dalam Python)

Mula
1. Setkan senarai L = {10, 82, 5, 18, 27, 15, 44, 100, 42, 99}
2. Isytihar pemboleh ubah T (untuk nilai carian)
3. Masukkan nilai carian T

4. Untuk setiap elemen dalam senarai L:
   a. Jika elemen == T:
      i. Papar "Item ada dalam senarai"
      ii. Hentikan pencarian
   b. Jika tidak:
      i. Teruskan dengan elemen seterusnya

5. Jika semua elemen telah diperiksa dan T tidak ditemui:
   a. Papar "Item tiada dalam senarai"

Tamat
            

5. Kod Aturcara Linear Search (dalam Python)

# Pencarian Linear dalam Python

def cari_linear(senarai, sasaran):
    # Semak setiap elemen dalam senarai
    for indeks in range(len(senarai)):
        # Jika elemen adalah sama dengan sasaran
        if senarai[indeks] == sasaran:
            return indeks  # Kembalikan indeks elemen

    # Jika tiada elemen yang sama dengan sasaran
    return -1  # Kembalikan -1 jika tidak jumpa

# Contoh cara guna:
senarai = [2, 4, 0, 1, 9]  # Senarai nombor
sasaran = 4  # Nombor yang kita cari

# Panggil fungsi cari_linear untuk cari sasaran
hasil = cari_linear(senarai, sasaran)

# Periksa jika nombor itu dijumpai
if hasil != -1:
    print(f"Nombor dijumpai di indeks {hasil}")
else:
    print("Nombor tidak dijumpai")


            

6. Bahagian Video Linear Search

7. Linear Search Flowchart

Di bawah ini adalah gambar rajah alir (flowchart) Linear Search yang menunjukkan proses langkah demi langkah bagaimana pencarian linear berfungsi.

Linear Search Flowchart

Gunakan roda tetikus untuk memperbesar atau memperkecil gambar.

✖ Tutup
Chatbot
Sila tanya saya!